Monday, December 11, 2017

Berita Sedih Baru Kami Terima Buat Peminat Siti Saleha, Selepas Beberapa Bulan Kahwin Akhirnya Mereka Buat Keputusan Mengejutkan. Tidak Lagi Bersama.. Lihat Wajah Siti Saleha Amat Tabah Menerima Keputusan..

Berita Sedih Baru Kami Terima Buat Peminat Siti Saleha, Selepas Beberapa Bulan Kahwin Akhirnya Mereka Buat Keputusan Mengejutkan. Tidak Lagi Bersama.. Lihat Wajah Siti Saleha Amat Tabah Menerima Keputusan..

PELAKON Siti Saleha terpaksa mengorbankan masa bersama suaminya iaitu Ahmad Lutfi selepas beberapa hari majlis perkahwinan mereka iaitu pada 28 Julai lalu demi kerjaya lakonan.

Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha Mohd Baharum, 27, berkata, dia menerima tawaran drama berjudul Mandatori berikutan berasa rindu untuk kembali bekerja setelah beberapa bulan berehat untuk persiapan perkahwinan.

"Saya rindu nak berlakon. Kali terakhir drama saya tahun lalu. Selepas itu, saya sibuk dengan persiapan kahwin.

"Sebab itu saya sanggup korban masa terima tawaran drama Mandatori dan mula menjalani penggambaran dua hari selepas majlis persandingan," kata Saleha kepada mStar Online.

Saleha rindu nak berlakon selepas kali terakhir drama lakonannya pada tahun lalu.
Saleha ditemui ketika sidang media dan pra-tonton drama bersiri Mandatori di GSC, Pavilion pada Rabu lalu.

Selain Saleha, drama tersebut dibintangi oleh Aeril Zafrel, Iedil Putra, Alvin Wong, Amerul Affendi, Vanidah Imran, Chew Kin Wah dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar.

Tambah Saleha lagi, suaminya Ahmad Lutfi Azhar sangat memahami dan tidak pernah menghalangnya untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.

"Ada kala saya balik lewat malam sebab penggambaran drama tersebut mengambil masa yang lama.

Saleha bertuah memiliki seorang suami yang sangat memahami kerjayanya sebagai pelakon.
"Alhamdulillah, suami sangat memahami dan dia tidak pernah melarang saya untuk terus aktif dalam lakonan," ujarnya.

Drama yang diadaptasi karya Ramlee Awang Murshid ini akan menemui penonton mulai 14 Disember ini di saluran Astro First Eksklusif 480.

Bercerita mengenai kehidupan selepas berkahwin, pelakon telefilem Cinta Paling Agung ini tidak meletakkan tempoh untuk mendapatkan zuriat.

Malah, Saleha juga memiliki ruang untuk menyesuaikan diri bergelar seorang isteri selepas mendirikan rumah tangga Julai lalu.

"Saya tidak pernah merancang soal anak. Rezeki bukan saya yang tentukan.

"Menjadi seorang isteri sudah tentu ada tanggungjawab dan setiap individu yang mahu melangkah ke alam rumah tangga perlu bersedia dan tahu apa yang perlu buat," katanya.
Saleha dan suaminya telah melangsungkan majlis pernikahan di TPC Bukit Kiara pada 28 Julai lalu.

sumber : mstar

No comments:

Post a Comment