Sunday, December 3, 2017

Ini Markah Penuh & 7 Bintang Yg Mara Ke Konsert Separuh Akhir!

Ini Markah Penuh & 7 Bintang Yg Mara Ke Konsert Separuh Akhir!

Konsert keenam GegarVaganza 4 (GV4) yang bertemakan ‘Jangan Kata Tak Tahu’ menyaksikan tujuh bintang berjaya ke minggu separuh akhir, Ahad depan.

Minggu ini Liza Hanim telah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 76.1%.

Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Aqasha apabila diumumkan sebagai bintang kelima yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 43.8%.

Enam bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterusnya adalah Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan dan Firman Siagian.

Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Mokhzani Ismail dan Datuk AC Mizal.

Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert keenam GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, sebentar tadi (malam Ahad).

Di bawah merupakan markah yang berjaya diperolehi oleh lapan bintang mengikut susunan markah paling tinggi:

1. Liza Hanim: 76.1%

2. Hazami: 73.6%

3. Aishah: 67.6%

4. Tia Jinbara: 67.3%

5. Firman: 67%

6. Syura: 60.9%

7. Lan: 60.6%

8. Aqasha: 43.8%

Sementara itu, Aishah yang mempersembahkan lagu Tergantung Sepi dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.
  
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV4 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my

Sementara itu, tiket untuk konsert akhir GV4 boleh dibeli secara online di www.ticketpro.com.my. Utk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Ticketpro Hotline di 03-7880 7999.

Sumber : Astrogempak

No comments:

Post a Comment