Monday, December 11, 2017

Kelebihan Berkahwin Dengan JANDA Dan DUDA Yang Ramai Tak Sedar!

Kelebihan Berkahwin Dengan JANDA Dan DUDA Yang Ramai Tak Sedar!

Memang tidak dapat dinafikan lelaki dan wanita berstatus bujang dan anak dara memiliki banyak kelebihan dari lelaki duda dan wanita janda. Sebahagian lelaki dan perempuan juga jika ditanya, mereka ingin berkahwin dengan pasangan yang berstatus bujang dan anak dara.

Jika berkahwin dengan pasangan yang berstatus janda atau duda, ada yang  akan dipandang serong. Ada yang merasakan mereka yang memiliki status janda dan duda ini tidak pandai menjaga rumahtangga sehingga menyebabkan rumahtangga mereka musnah.

Disebabkan itu ramai yang tidak mahu mendekati lelaki dan wanita berstatus janda dan duda. Namun begitu, ramai orang yang masih tidak tahu sebenarnya terdapat banyak kelebihan jika berkahwin dengan wanita berstatus janda dan lelaki duda.

Lebih berpengalaman
Apabila mereka sudah pernah melalui fasa perkahwinan, mereka ini sedikit sebanyak sudah mempunyai pengalaman dalam alam perkahwinan. Jadi setiap tindak-tanduk meraka dalam perkahwinan baru mereka akan lebih berhati-hati. Kegagalan dalam perkahwinan sebelum ini akan dijadikan sebagai pengajaran supaya tidak berulang lagi.

Menghargai sebuah perhubungan
Disebabkan sudah pernah melalui pengalaman menyedihkan iaitu bercerai, mereka ini dilihat akan lebih menghargai sebuah perhubungan yang terbina. Meraka akan lebih berhati-hati dalam meniti alam perkahwinan dan akan berusaha untuk mengelakkan hubungan yang terjalin terputus ditengah jalan, kerana pengalaman lalu banyak mengajar meraka betapa pedihnya hati bila perhubungan yang dibina berakhir dengan penceraian.

Mereka tahu apa yang “Perlu” dan ” Tidak perlu” dalam perhubungan
Pengalaman perkahwinan terdahulu banyak mengajar mereka perkara yang ‘perlu’ dan ‘tidak perlu’ ada dalam perhubungan. Malah, mereka juga sudah mempunyai kemahiran untuk mengelakkan sebarang masalah timbul dalam perkahwinan. Mereka akan cuba mengelakkan perkara buruk yang pernah berlaku dalam perkahwinannya sebelum ini agak tidak berlaku dalam rumahtangga yang dibina.

Pentingnya komunikasi
Sekali sudah pernah gagal dalam perkahwinan meraka tahu berapa pentingnya komunikasi antara satu sama lain. Walaupun berlaku masalah dalam perkahwinan yang dibina mereka akan cuba untuk berkomunikasi dalam mencari jalan menyelesaikan masalah.

Hidup dalam kehidupan nyata
Mereka juga lebih tahu bahawa realiti alam perkahwinan tidak seindah yang disangka. Mereka lebih bersedia untuk menempuh alam perkahwinan dan tidak akan terlalu mengikut emosi untuk menyelesaikan masalah.

Apapun, meniti alam pernikahan sebenarnya buka status janda, duda, bujang, anak dara yang menentukan kebahagian. Tetapi, sikap, hormat menghormati, tanggungjawab dan sebagainya yang akan menjadikan rumahtangga yang dibina itu kekal abadi.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment