Monday, December 4, 2017

SAYU!! BERITA SEDIH BUAT PEMINAT USOP MENTOR,,PASTI AKAN TERASA KEHILANGAN AKAUN IG NYA..

SAYU!! BERITA SEDIH BUAT PEMINAT USOP MENTOR,,PASTI AKAN TERASA KEHILANGAN AKAUN IG NYA..

TINDAKAN penyanyi Usop Mentor meninggalkan komen di Instagram pelakon Janna Nick yang digodam pada Sabtu lalu menerima padah apabila akaun miliknya di laman sosial sama turut menjadi mangsa penggodam.

Menurut Usop, akaun hampir 500,000 pengikut miliknya itu digodam sejurus dia meminta pihak tidak bertanggungjawab itu memulangkan semula Instagram pelakon drama My Coffee Prince itu.

"Saya mengetahui laman Instagram saya digodam apabila dimaklumkan oleh seorang teman pada pagi Sabtu lalu.
"Sebelum kejadian, saya ada meninggalkan komen di Instagram Janna meminta penggodam memulangkan semula akaun pelakon tersebut.

Usop kini menggunakan akaun kelab peminat iaitu @usopkeliafansofficial.
"Tak sangka pula saya menjadi mangsa seterusnya," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Naib juara Mentor Milenia 2017 ini turut bersedih kerana akaun itu sudah tidak dapat diakses dan hilang daripada carian aplikasi tersebut.

Jejaka berasal daripada Kedah ini turut mengakui tidak dapat melelapkan mata memikirkan nasib akaunnya itu.

"Sejujurnya, saya bersedih dengan apa yang berlaku dan tidak menyangka akan menjadi mangsa dalam isu ini.

Usop tidak mampu melelapkan mata memikirkan laman sosialnya yang digodam itu.
"Sampaikan nak lelapkan mata pun saya tak mampu kerana terfikirkan tentang laman tersebut.

"Besar harapan saya Instagram itu pulih seperti sedia kala dan dikembalikan semula kepada saya," katanya.

Dalam pada itu, Usop memaklumkan buat masa ini dia menggunakan Instagram kelab peminat iaitu Usop Kelia Fans Official sebagai medium untuk berhubung dengan pengikut.
Ujarnya, akaun lain yang wujud di laman tersebut merupakan akaun palsu yang tiada kaitan dengan dirinya.

Usop dalam perancangan menyiapkan single terbaharu tahun depan.

"Buat masa ini saya tidak wujudkan sebarang akaun baru dan hanya menggunakan akaun kelab peminat tersebut.

"Sebarang makluman mengenai perkembangan terkini saya akan di muat naik di akaun tersebut dan harapnya tiada yang tertipu dengan akaun palsu lain," katanya.

Bercakap mengenai karier seni, Usop atau Saiful Naim Muhd Noor, 20, memberitahu lagu runut bunyi nyanyiannya untuk filem Rempit Sampai Langit berjudul Sampai Langit kolaborasi bersama Ajak Shiro mendapat jumlah tontonan hampir sejuta di laman Youtube.

Selain itu, Usop dalam proses menyiapkan single terbaharu yang dijangka bakal dilancarkan awal tahun depan.

No comments:

Post a Comment