Friday, December 1, 2017

Tak Sangka! Inilah Import Kelima Yang Menyertai Pasukan JDT

Tak Sangka! Inilah Import Kelima Yang Menyertai Pasukan JDT


RAFAEL COELHO SAH MILIK JDT


Menurut laporan media Thailand, penyerang kelab Chiangrai United FC di Liga Thailand iaitu Rafael Coelho hampir pasti sertai pasukan JDT


Penyerang dari Brazil berusia 29 tahun ini meledak 12 gol dalam 28 penampilan buat Chiangrai United bagi musim 2017. Dipinjamkan dari kelab India FC Goa dimana akan tamat kontrak hujung tahun ini.

Memiliki passport Syria, membolehkan pemain ini didaftarkan sebagai pemain slot Asia. Welcome to JDT!

Juara a Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi akan bertandang ke Stadium SCG bertemu dengan naib juara Liga Perdana Thailand 2017, Muangthong United pada 23 Januari 2018 untuk saingan kelayakan AFC Champions League 2018.

Wakil dari Malaysia itu pernah bertemu lawan yang sama pada tahun 2016 dimana mereka tewas melalui penentuan sepakan penalti, 0-3.


Penentuan penalti yang cukup mendebarkan ketika JDT menentang Muangthong United pada tahun 2016.


Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menetapkan pusingan kelayakan dan play-off AFC Champions League akan diadakan pada 16 Januari 2018 (kelayakan 1 ), 23 Januari 2018 (kelayakan 2) dan play-off pada 30 Januari 2018.


Pasukan yang berada dikedudukan lebih tinggi dalam kedudukan AFC MA Ranking akan beraksi digelanggang sendiri sebagai tuan rumah.


Ada 3 peringkat kelayakan iaitu kelayakan pertama, kelayakan kedua dan play-off untuk menentukan tempat di peringkat kumpulan dalam saingan AFC Champions League 2018.


Dalam peringkat kelayakan pertama ini, 8 pasukan dari asia barat dan asia timur akan berentap merebut tempat di peringkat kelayakan kedua.

4 pasukan asia barat itu ialah Al-Faisaly (Jordan), Al-Ahed (Lubnan), Aizawi (India) dan Malkiya (Bahrain). 4 pasukan dari asia timur pula ialah Bali United (Indonesia), Tampines Rovers (Singapura), Shan United (Myanmar) dan Juara Liga PFL (Filipina).


Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan daripada kelayakan pertama.


Menanti pada peringkat kelayakan kedua ialah 12 pasukan dari asia barat dan asia timur. Pasukan dari asia barat ialah 2 wakil dari liga Uzbekistan, Al- Zawraa (Iraq), Al-Jaish (Syria), Al-Gharafa dan Al-Rayyan dari Qatar.


Manakala pasukan dari asia timur pula ialah Johor Darul Ta’zim (Malaysia), Quang Nam (Vietnam), Eastern (Hong Kong), Muangthong United (Thailand), Chiangrai United (Thailand) dan Brisbane Roar (Australia).


Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan daripada kelayakan kedua.


8 pasukan yang memenangi perlawanan di peringkat kelayakan kedua pula akan mara ke peringkat play-off dimana pemenangnya akan mengesahkan slot di peringkat kumpulan AFC Champions League 2018.



Pada peringkat play-off, 8 pasukan gergasi Asia bersedia menentang pasukan yang layak daripada peringkat kelayakan kedua. 4 pasukan dari asia barat ialah Al-Ain (UAE), Al-Ittihad (Arab Saudi), Esteghlal dan Tractor Sazi dari Iran.



Manakala 4 pasukan dari asia timur tersebut adalah Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan), Shanghai SIPG (China), Tianjin Quanjian (China) dan pasukan tempat 3/4 Liga Jepun.



Jadual perlawanan yang melibatkan pasukan daripada peringkat play-off.


Mana-mana pasukan yang berjaya menang dalam pusingan play-off, akan menyertai 24 pasukan lain yang sudah melayakkan diri ke peringkat kumpulan menjadikan 32 pasukan keseluruhan  yang bertanding dalam saingan AFC Champions League 2018.


Jika gagal mara ke peringkat kumpulan, JDT akan bertanding dalam saingan kelas kedua, AFC Cup.

No comments:

Post a Comment