Friday, December 1, 2017

Tak Tahan Di Asak Wartawan,, Akhirnya Izreen Dedah Punca Sebenar Beliau Sanggup kahwin suami orang....

Tak Tahan Di Asak Wartawan,,  Akhirnya Izreen  Dedah Punca Sebenar Beliau Sanggup kahwin suami orang....

Pelakon Izreen Azminda meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan melibatkan dirinya yang dikhabarkan sudah pun mendirikan dengan seorang pemuzik berstatus suami kepada dua cahaya mata baru-baru ini.

Terdahulu bagi menjelaskan kedudukan sebenar mengenai apakah situasi yang berlaku, pelakon berusia 32 itu telah pun mengaturkan satu sidang media minggu hadapan di sebuah lokasi di Damansara.

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

“Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” katanya kepada Media Hiburan.

Ditanya apakah intipati sidang media tersebut nanti, pelakon asal Kangar, Perlis itu memberitahu dia mungkin hadir ke sidang media berkenaan dengan individu dipercayai teman kepada aktres itu.

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja. Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tida menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali neutral,”luah Izreen yang turut meminta doa dan sokongan semua.

“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media itu nanti akan memperjelaskan segalanya,” jelas Izreen.

No comments:

Post a Comment